MERRY CHRISTMAS & A HAPPY NEW YEAR

MERRY CHRISTMAS & A HAPPY NEW YEAR
Let There Be Peace, Happiness & Love

MAJLIS PERSARAAN PN HJH JAMAIYAH, Guru Besar SK Selama

2 NOV. 2010 - Majlis Persaraan Pn Hjh Jamaiyah Hj Zakaria dihadiri pegawai PPD LMS, Mantan PPD, TN Hj Arif, Tn Hj Zakaria, guru-guru besar , ibubapa , guru-guru, murid-murid dan ahli keluarga Hjh Jamaiyah sendiri. Warga SK Selama mengucapkan "Terima Kasih" dan " Selamat Bersara" kepada Guru Besar. Hjh Jamaiyah Hj Zakaria.

Majlis Persaraan En Abdul Wahid Nordin , PK Pentadbiran SK Selama,28 Jul 2010

ICT Project Presentation

Tuesday, December 21, 2010

Taklimat Penempatan Murid Prasekolah SK Selama 2011




HARI ISNIN- 20 DIS.2010
Taklimat Penempatan Murid Prasekolah Sesi 2011 dijalankan dengan 20 orang murid yang mendaftarkan diri pada hari ini. Hadir bersama ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Hjh Latipah Bt Abdul Manap untuk membantu dalam pengurusan taklimat ini. Guru Prasekolah, Pn Norashikin Baharuddin dan pembantu beliau, Pn Shafiza Hamid sibuk dengan urusan mengutip yuran pembayaran dan menyukat badan murid-murid untuk menempah uniform dan baju T dan seluar trek.

Murid-murid yang comel ini nampak ceria dan di antaranya ialah anak-anak bekas murid sekolah ini. Sesi persekolahan akan bermula pada 3 Januari 2011. Sekolah akan bermula pada 8.00 pagi pada Hari Selasa hingga Jumaat kecuali pada Hari Isnin , ia bermula pada 7.30 pagi untuk perhimpunan mingguan. Waktu tamat ialah 12.00 tgh setiap hari .

Selamat Datang diucapkan kepada semua murid baru . Semoga gembira belajar di sekolah ini.

No comments:

Post a Comment